Syarat Pengeluaran KWSP

Syarat Pengeluaran KWSP

SYARAT PENGELUARAN AKAUN 2 KWSP UNTUK BINA RUMAH

Bina rumah atas tanah sendiri ni perlukan maklumat yang tepat untuk mengetahui bajet atau kos peruntukan yang sebenar dalam pembinaan rumah. Kan lebih baik terus berjumpa dengan Faridaz Group, boleh terus tahu pasal kos sebenar nak bina rumah.

Kekadang kelayakan pinjaman hanya cukup 80% dari kos keseluruhan yang diperuntukkan. Jadi, ramai yang bercadang untuk keluarkan duit dari Akaun 2 KWSP sebagai tambahan kos bina rumah.

Berikut adalah senarai syarat pengeluaran wang KWSP:

1) KELAYAKAN BAGI MEMBUAT PERMOHONAN:

✔ Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
✔ Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
✔ Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)

2) AHLI TIDAK LAYAK MEMOHON SEKIRANYA:

✖ Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
✖ Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
✖ Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
✖ Membeli rumah ketiga
✖ Membeli ruma di luar negara
✖ Membina ruma bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri

3) JUMLAH YANG BOLEH DIKELUARKAN :

✔ Wang daripada EPF (Akaun 2) boleh digunakan untuk membayar beza harga antara harga rumah (berdasarkan harga SPA) dan jumlah pinjaman perumahan, sehingga 10% tambahan ke atas harga rumah.

✔ Jadi, kalau kita berjaya dapatkan 100% pinjaman, jumlah maksimum yang boleh kita keluarkan adalah sebanyak 10% daripada harga rumah yang kita nak beli itu.

✔Jika rumah itu dibeli secara tunai, kita boleh tarik balik harga rumah itu sehingga 110%.

✔ Sebarang jumlah pengeluaran tertakluk kepada jumlah wang yang terkumpul dalam akaun EPF (Akaun 2) pemohon (atau “joint account”).

4) KEKERAPAN PENGELUARAN :

✔ Pengeluaran untuk membeli rumah pertama.

✔ Pengeluaran untuk membeli rumah kedua (dengan syarat rumah pertama dijual, atau pelupusan harta telah dibuat).

AMARAN :

Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran

Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah
melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau
didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

Membuat Kenyataan Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu

Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu,
pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu
tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta

Pembelian Bukan Untuk Tujuan Kediaman

Pengeluaran perumahan ini tertakluk kepada syarat dan prosedur semasa dan sekiranya mana-mana transaksi yang
dikesan oleh KWSP yang melibatkan pindahmilik kurang daripada satu (1) tahun, KWSP berhak untuk menolak
permohonan pengeluaran atas alas an ia mengandungi unsur pembelian bagi tujuan pelaburan dan bukannya bagi tujuan
kediaman sepertimana keperluan Akta KWSP
KWSP 1991 (Pindaan) 2007]

sumber : portal KWSP

No Comments

Post A Comment