Pecah Bahagian & Sempadan

Pecah Bahagian & Sempadan

PERBEZAAN PECAH SEMPADAN DAN PECAH BAHAGIAN

Dalam proses membangunkan tanah untuk pembinaan rumah kediaman, ramai yang masih keliru perbezaan antara PECAH SEMPADAN & PECAH BAHAGIAN.

Pecah sempadan adalah proses memecahkan satu lot besar kepada lot-lot yang lebih kecil tanpa membuat perubahan kepada butiran pemilik tanah. Proses pecah sempadan ini kebiasaannya oleh pemilik tanah untuk dijual. Ini memudahkan pemilik tanah mencari pembeli dengan menyatakan geran yang telah sedia siap, hanya tinggal proses tukar nama sahaja, setelah selesai proses jual beli tersebut.

Pecah bahagian pula adalah proses memecahkan satu lot besar kepada lot-lot yang lebih kecil mengikut bahagian seperti mana yang telah didaftarkan di dalam geran. Sebagai contoh, jika satu lot tanah itu dipunyai empat (4) tuan tanah berdaftar, maka lot tersebut akan dipecahkan kepada 4 bahagian mengikut bahagian masing-masing.

Pecah sempadan mengikut KTN (Kanun Tanah Negara) ialah sub-division of land. Pecah bahagian pula merupakan partition of land.

Jom tengok gambarajah ni untuk pemahaman lebih mudah. Semoga bermanfaat untuk anda!

1. Pecah Sempadan
Contoh situasi 1: Pn Fatimah & En Abdullah mempunyai tanah bersaiz 1 ekar (hak milik bersama). Kemudian dipecah sempadan tanah tersebut kepada 2 lot banglo. Pn Fatimah & En Abdullah masih merupakan pemilik kepada kedua-dua lot banglo itu.

2. Pecah Bahagian
Contoh situasi 2: Pn Fatimah & En Abdullah merupakan pemilik kepada 1 ekar tanah. Masing-masing mempunyai 1/2 bahagian. Lalu dipecahkan bahagian supaya masing-masing mempunyai hak milik berasingan, 1/2 ekar seorang.

No Comments

Post A Comment