Dokumen Penting Untuk Loan

Dokumen Penting Untuk Loan

SUSAH KE PENIAGA NAK BUAT LOAN PERUMAHAN?

Golongan yang selalu bermasalah memohon Pinjaman Perumahan adalah golongan Peniaga @ bekerja sendiri seperti Peniaga Kedai-Kedai Peruncitan, Pasar Malam, Kedai Makan, Restoran, Carwash, Subcon kecil-kecilan, dan lain-lain lagi.

Masalah yang timbul adalah kerana dokumen tidak lengkap sehingga ada peniaga yang langsung tidak mempunyai akaun bank untuk memaparkan transaksi keluar masuk wang. Sangat rugi kerana golongan ini sangat berpotensi tinggi untuk memiliki dan menambah aset.

Kami ingin bantu anda semua memiliki rumah idaman. Kalau tak dapat bina atau beli sekarang tak apa, rancang dokumen dulu, 1 atau 2 tahun akan datang pasti dapat.

Berikut antara dokumen penting yang perlu disediakan

1. SSM
Sijil Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) ; Jika Enterprise – Sertakan sekali Borang E dan lampirannya

2. PENYATA AKAUN BANK SYARIKAT
(Selalunya akaun semasa) dan jika ada mengambil gaji sediakan juga penyata akaun simpanan/semasa. Sediakan sekurang-kurangnya penyata 6 bulan yang terkini.

3. LHDN
Berdaftar dengan LHDN – Pastikan sudah membuat taksiran cukai pendapatan. Sediakan Slip pengesahan penerimaan e-B bagi tahun taksiran dan bukti pembayaran (jika menggunakan e-filing)

4. CCRIS
Central Credit Reference Information System – Pastikan rekod CCRIS dalam keadaan yang baik. Ambil slip CCRIS di Bank Negara

5. DOKUMEN SOKONGAN
Jika ada simpanan yang agak munasabah, sertakan sekali sebagai dokumen sokongan.

No Comments

Post A Comment