9 Tip & Cara Membeli Tanah

9 Tip & Cara Membeli Tanah

1. Jangan Terburu-buru
Jangan terburu-buru untuk membeli tanah, pelajari dan bandingkan harga tanah tersebut dengan harga tanah yang lain.

2. Elak Beli daripada Orang Tengah
Kebiasannya orang tengah akan meletakkan harga yang tinggi berbanding dengan tuan tanah yang ingin menjual tanah dengan harga lebih murah.

3. Ejen Berlesen
Gunakan ejen hartanah berdaftar untuk menjalankan urusan berkaitan dengan hartanah untuk memastikan penipuan dan kerugian wang ringgit dapat dielakkan.

4. Lokasi Strategik
Cari tanah dengan lokasi yang strategik contohnya berdekatan sekolah atau di tepi jalan utama.

5. Semak Info Geran
Semak dahulu geran dan tengok lokasi tanah. Pastikan no PT, Lot dan perkara-perkara lain pada geran sama dengan lokasi tanah.

6. Semakan Di Pejabat Tanah
Buat semakan terus di pejabat tanah berkenaan lokasi dan kedudukan sebenar tanah dan adakah penama dan tanah tersebut benar-benar wujud agar tidak tertipu.

7. Geran Individu
Pastikan tanah tersebut mempunyai geran individu yang berasingan dan proses jual belinya dibuat mengikut prosedur perundangan yang betul bagi mengelakkan masalah rumit.

8. Tanah Bebas Sekatan
Pilih tanah yang tidak mempunyai apa-apa sekatan. Perkataan ini biasanya tertulis dalam geran. Jika ada sekatan, prosedurnya akan menjadi lebih rumit.

9. Perjanjian Bertulis
Buat perjanjian jual beli dan pastikan matikan setem untuk menjaga kedua-dua pihak (seharusnya memahami dan setuju terma dan syarat). Rujuk peguam hartanah yang berpengalaman dalam urusan jual beli tanah sebelum anda membelinya.

No Comments

Post A Comment