6 Tips Penjagaan Rumah

6 Tips Penjagaan Rumah

TIPS MUDAH PENJAGAAN RUMAH

1. TIP BESRSIHKAN TANDAS
Semburkan larutan cuka ke dalam mangkuk tandas beberapa minit sebelum menyental. Tambahkan sedikit Tea Tree Oil & perahan lemon untuk lebih wangi.

2. HABUK PADA RUMAH
Lap perabot dengan bancuhan air & softener pakaian bagi mengurangkan habuk pada perabot.

3. TIP MEWANGIKAN RUMAH
Semburan penyegar campuran softener & cuka untuk bau wangi tahan lama. Spraykan pada langsir dan sofa serta fabrik.

4. LANTAI RUMAH BERKILAT
Mop lantai dengan campuran pencuci lantai dengan cuka & air panas.

5. TIP WANGIKAN PETI AIS
Dengan menggunakan tuala bersih, lap ruang peti ais dengan air & campuran 3 hingga 4 titis esen vanila.

6. KOTORAN PADA SINKI
Gunakan berus gigi terpakai untuk menyental kotoran pada sinki dengan campuran perahan lemon & garam. Kemudian bilas dengan air panas.

No Comments

Post A Comment