12 May 5 Faktor Kualiti Binaan
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KUALITI BINAAN

1. Bahan Binaan Berkualiti
Penggunaan bahan binaan berkualiti akan menghasilkan binaan yang berkualiti.
TIPS : Memilih kontraktor yang menggunakan bahan binaan berkualiti & mempunyai pengetahuan tentang
bahan binaan yang digunakan.

2. Spesifikasi
Standard atau gred bahan binaan yang digunakan menentukan kualiti binaan.
TIPS : Memastikan spesifikasi yang ditentukan oleh syarikat kontraktor mencapai standard piawaian Malaysia & spesifikasi bahan binaan dinyatakan dalam pelan rumah.

3. Pengawasan di Tapak Projek
Betujuan memantau & mengawasi kerja-kerja pembinaan supaya mengikuti spesifikasi atau mencapai kualiti yang dikehendaki oleh anda.
TIPS : Memastikan syarikat kontraktor sentiasa melakukan pemantauan yang berterusan di tapak projek.

4. Sikap Kontraktor
Kualiti sesuatu binaan juga dipengaruhi oleh syarikat kontraktor itu sendiri.
TIPS : Memilih syarikat kontraktor yang bertanggungjawab& amanah dalam menjalankan tugas serta mengutamakan kualiti dalam pembinaan.

5. Pengalaman & Kemahiran
Pengalaman dan kemahiran syarikat kontraktor turut mempengaruhi kualiti binaan
TIPS : Memilih syarikat kontraktor yang mempunyai banyak pengalaman dalam menyiapkan projek pembinaan & Mempunyai tukang yang berkemahiran dalam menjalankan tugas.
No Comments